Mahkamah | Tukang gunting rambut didakwa bunuh teman wanita

2022-10-21 0

Seorang tukang gunting rambut didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya dijumpai dalam kawasan semak di Tambun, minggu lalu.

Tertuduh, M. Krishnaa Kumar, 24 tahun, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.